Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi merupakan seorang ulama dan
pemikir Islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada 6 Muharram 1333H / 23
November 1914M di Takia Kala, Rae Berily, India. Nama asli beliau ialah
Ali bin Abdul Hayy bin Fakhruddin bin Abdul Aliy al-Hasani. Nasabnya
sampai kepada Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a. Beliau amat beruntung
karena dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang amat
berpegang teguh dengan ajaran Islam. Ayahnya Sayyid Abdul Hayy adalah
seorang ulama di India dan ibunya juga seorang pendidik dan penghapal
al Quran serta syair-syair sejarah Islam dalam bahasa Urdu.
Dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu, tidak heranlah
minat membaca beliau terbentuk sejak kecil . Beliau gemar mengkoleksi
kitab dan mempunyai perpustakaan sendiri yang dinamakan sebagai
Maktabah Abil Hasan Ali (Perpustakaan Abul Hasan Ali).
Sejak kecil juga Syeikh Abul Hasan telah didik dengan berbagai ilmu
pengetahuan meliputi bahasa Arab, nahu, syair, sastera Arab, tafsir,
fiqh, hadis dan sebagainya. Banyak kalangan gurunya datang dari India
dan ada juga di antara mereka yang datang dari Madinah. Pada awalnya,
beliau hanya belajar di rumah dan di madrasah Nadwatul Ulama. Setelah
itu beliau melangkah keperingkat yang lebih tinggi di Universiti Lucknow
dan di kampus ini beliau berhasil mendapatkan nilai tertinggi dalam
bidang Bahasa Arab. Kemudian beliau meneruskan lagi pengembaraan ilmunya
hingga membawa beliau ke Lahore. Di sinilah dia bertemu dengan seorang
sarjana dan pemikir dunia Islam yaitu Dr. Muhammad Iqbal. Kekaguman
beliau dengan karya-karya Iqbal mendorong beliau untuk menterjemahkan
beberapa syair Iqbal dari Bahasa Urdu kepada Bahasa Arab, walaupun
usianya pada ketika itu hanya sekitar 15 tahun saja.
Sifat Pribadi
Pribadi Syeikh Abul Hasan sangat sederhana, zuhud, berlapang dada
serta terpancar keikhlasan dakwahnya sehingga membuatkan beliau disukai
dalam pergaulan.
Beliau adalah seorang yang berpribadi zuhud dan tidak membedakan
antara manusia dalam dakwahnya, membuatkan ulama terkenal Mesir, Dr
Yusuf al-Qaradhawi pun mengkagumi kepribadian beliau.
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: “Saya mengenali kepribadiannya dan
juga karya-karyanya. Saya mendapati pada dirinya hati seorang muslim
yang sejati dan pemikiran Islam yang asli. Saya mendapati beliau
sentiasa hidup dengan Islam dan untuk Islam. Saya kira bukan saya saja
yang mencintainya tetapi semua orang yang mengenalinya pasti
mencintainya, bahkan siapa saja yang lebih mengenalinya pasti akan
bertambah kecintaan terhadapnya.”
Dakwah dan Pendiriannya
Mencontohi pendekatan dakwah ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam As
Sirhindi r.a dan Maulana Ilyas r.a, serta beberapa tokoh Islam , Syeikh
Abul Hasan telah membawa suatu manhaj dakwah dan tarbiyah yang
menyeluruh, dengan menggabung beberapa manhaj dan pendekatan, menjadi
suatu kombinasi di antara gerakan Islam lama yang berkah dengan sistem
aplikasi yang bermanfaat. Menurut beliau, kefahaman terhadap dasar-dasar
dakwah akan menjadikan seorang dai benar-benar berdakwah untuk Allah
bukan untuk kepentingan pribadi atau kelompoknya atau lainnya. Prinsip
yang perlu ada ialah berdakwah untuk kebaikan umat seluruhnya bukan
untuk keuntungan kelompok atau diri sendiri. Dasar-dasar yang digariskan
beliau dalam melaksanakan dakwah itu merupakan himpunan prinsip dasar “At Tasallub Fi Al Usul” iaitu tegas pada prinsip dan “Al Murunah Fi Al Wasail” yakni aplikasi dalam pelaksanaan.
Usaha gigih Syeikh Abul Hasan dalam menyampaikan kalimat haq
bukan sahaja dikagumi oleh dunia Islam malah mendapat penghormatan dari
masyarakat Barat khususnya di Eropa. Banyak undangan ceramah dan
seminar yang beliau terima dari institusi-institusi terkemuka di Eropa
seperti di Geneva, Paris, Cambridge, Oxford, Glasgow, Edinburgh dan
Spanyol. Rata-rata dikalangan pendakwah dan mereka yang terlibat dalam
dunia pendidikan, baik di Timur maupun di Barat mengenali tokoh ini.
Malah adakalanya walaupun tidak berkesempatan mengenali pribadi beliau
secara langsung tetapi apabila kita membaca hasil-hasil karyanya kita
akan merasakan seolah-olah beliau adalah guru kita yang duduk
bersama-sama kita.
An-Nadwi juga begitu peka dengan sistem pendidikan dan banyak
mengkritik golongan orientalis yang menyelewengkan fakta mengenai Islam.
Dari segi faktor keagamaan, tujuan orientalis adalah menyebarkan agama
Kristian dan mencoba memaparkan keunggulannya dibanding agama Islam.
Di samping itu, mereka coba membangkitkan rasa bangga terhadap
kepercayaan mereka ke dalam jiwa anak-anak muda Islam. Dari segi
politik, golongan orientalis adalah utusan barat ke negara-negara Islam
dengan tujuan membuat penyelidikan yang berhubung dengan adat, bahasa,
tabiat dan jiwa orang-orang timur. Melalui cara ini, barat dapat
meluaskan kekuasaan dan pengaruhnya ke atas umat Islam. Walaupun begitu,
ada juga golongan orientalis yang membuat penyelidikan semata-mata
kerana rasa minat mereka terhadap ilmu.
Tujuan orientalis hanya ingin mencari kelemahan tentang Islam dan
mengemukakannya untuk maksud politik maupun keagamaan.
Menurut
an-Nadwi, umat Islam sekarang menghadapi kejumudan pemikiran atau
mengendapnya kecerdasan akal yang menimpa sarjana Islam atau pusat-pusat
pengkajian Islam. Begitu juga, jarang ditemui ulama yang dapat
meyakinkan generasi muda mengenai keunggulan Islam dan keabadian ajaran
agama dalam menjalani kehidupan serta menyingkap takbir
kelemahan-kelemahan peradaban barat..
Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan kefahaman
ini dapat menawan jiwa orang-orang Islam. Antaranya ialah kelemahan
orang Islam dari sudut keimanan, ijtihad dan ilmu pengetahuan. Fikiran
menjadi sempit dan keghairahan terhadap agama mereka telah lenyap sama
sekali. Dan para ulama tidak memainkan peranan yang sebenarnya dan
tidak pula berusaha untuk memimpin orang Islam lain terutama anak-anak
muda Islam. Serta penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara umat
Islam. Bahkan sebagian orang-orang Islam mengkagumi falsafah barat yang
dianggap mengandungi kebenaran dan kemajuan.
An-Nadwi berpendapat bahawa jalan yang paling selamat dalam mendidik
umat Islam ialah kembali beriman kepada Alllah sebagaimana Rasulullah
dahulu telah melaksanakannya . Kemungkaran dan kerusakan adalah berawal
dari keengganan manusia untuk kembali kepada nubuwwah. Hanya dengan
kembali kepada bentuk didikan awal saja, manusia masa kini dapat
diselamatkan sebagaimana manusia pada zaman dahulu diselamatkan oleh
Rasulullah. Oleh itu, beliau menyarankan umat Islam kembali kepada
madrasah kerasulan.
An-Nadwi menggunakan manhaj dakwah dengan berdasarkan kepada
al-Quran kemudian hadith dan sirah serta kisah-kisah para sahabat. Ini
jelas terbukti dalam bukunya Rawa’i min adab al-da’wah yang mana beliau
mengambil contoh-contoh dakwah para nabi-nabi yang bersumberan al-Quran
dan al-Hadith.Di samping itu, beliau mengakui manhaj itu mungkin berbeda
dari satu tempat dari satu tempat yang lain karena dakwah harus juga
melihat kondisi lingkungan. Oleh karena itu, dakwah yang berkesan ialah
dakwah yang menyentuh realita yang ada. Al-Nadwi juga menyarankan
memahami al-Quran dengan mendalam, sejarah dakwah dan tokoh-tokoh dakwah
serta adab-adab Islam.
Sebuah Karya Yang Membuka Mata Dunia
Dijemput Ilahi
Setelah hampir seluruh usianya dihabiskan dengan perjalanan ilmu dan
dakwah, menyeru umat Islam agar kembali teguh kepada al-Quran dan
sunnah, maka pada tengah hari Jum’at, 23 Ramadhan 1420H / 31 Disember
1999M, beliau telah dijemput Allah SWT pulang ke sisiNya ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri solat Jum’at
di kediamannya, ketika usianya mencapai 85 tahun. Mengenang jasa beliau
yang telah dicurahkan untuk kepentingan agama, maka telah diadakan
solat jenazah ghaib di dua tanah suci yaitu di Masjidil Haram di Makkah
al Mukarramah dan di Masjid Nabawi di Madinah al Munawwarah pada malam
27 Ramadhan 1420H.
Kepergiannya dirasakan sebagai suatu kehilangan permata yang amat
berharga. Perjuangan dakwahnya yang tidak mengenal noda itu, seharusnya
menjadi contoh oleh generasi kini. Beliau pernah berpesan kepada
generasi muda bahawa para pemuda Islam yang bakal memimpin umat pada
masa akan datang sangat perlu diisi dengan ilmu, tazkiyah ruhiyah,
semangat juang dan sifat zuhud dari dunia. Kalau tidak, akan diombang
ambing dan akan dipecundangi dalam menghadapi ujian akhir zaman.
Kepiawaian lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi
kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang
mantap.
Selamat jalan wahai mujahid. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang
luas ke atasmu dan semoga engkau bersama-sama dengan para anbiya’,
auliya’ dan para kekasih Allah. Amin.
M.A.Uswah,
Sandakan,
0 komentar:
Posting Komentar